Tuesday, March 31, 2009

ROTI GORENG SOSEJ


Sumber Gambar & Resepi : Rasa ( Mac 2007 )

Bahan-bahan :
2 keping sosej
2 keping roti
1 biji telur ( dipukul dengan garam secukup rasa )
2 sudu makan oat

Cara membuat :
1. Kukus sosej selama 10 - 15 minit. Ketepikan.
2. Gelek roti hingga nipis dan kemudian gulung sosej yang telah dikukus tadi.
3. Gamkan dengan sedikit sapuan telur di hujung gulungan agar tidak terbuka semasa digoreng.
4. Celupkan ke dalam telur.
5. Golekkan dengan oat hingga rata.
6. Goreng hingga kekuningan.

JEJARI ROTI


Sumber Gambar & Resepi : Rasa ( Mac 2007 )

Bahan-bahan :
1 keping roti
1 biji telur ( dipukul bersama garam)
20 gram bijan
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat :
1. Roti dihiris empat bahagian.
2. Celupkan ke dalam telur.
3.Kemudian golekkan dengan bijan.
4. Goreng hingga kekuningan dan sedia untuk dinikmati.

ROTI GULUNG BERINTI


Sumber Gambar & Resepi : Rasa ( Mac 2007 )

Bahan-bahan :
3 keping roti putih
2 keping biskut tawar ( dihancurkan )
1 biji telur ( ditambah garam dan dipukul )

Bahan-bahan inti :
2 sudu makan daging ayam hancur
3 sudu makan sayur campur
1 ulas bawang kecil ( dimayang )
2 biji cili merah ( ditumbuk halus )
1/2 kiub ayam ( ditumbuk bersama cili )
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat :
1. Di dalam kuali, tumis bawang kecil bersama dengan cili hingga garing.
2. Kemudian masukkan daging ayam hancur dan masak beberapa minit hingga daging tersebut masak.
3. Kemudian masukkan sayur campur dan perasakan dengan garam. Ketepikan.
4. Ambil roti dan gelek hingga nipis. Potong dua.
5. Masukkan inti dan gulung, gamkan dengan menggunakan sedikit sapuan telur di hujung gulungan.
6. Kemudian celupkan roti ke dalam telur dan golekkan dengan biskut tawar yang telah dihancurkan.
7. Goreng dengan minyak yang penuh hingga kekuningan.
8. Sedia untuk dihidangkan.

SAYUR GORENG BEROTI


Sumber Gambar & Resepi : Rasa ( Mac 2007 )

Bahan-bahan :
30 gram lebihan tepi roti ( dipotong kiub )
30 gram tauge
1 biji telur
1 ulas bawang kecil ( ditumbuk halus )
1 ulas bawang putih ( ditumbuk halus )
1 biji cili merah ( ditumbuk halus )
Garam secukup rasa
1 tangkai daun sup ( dihiris halus )
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat :
1. Goreng roti yang telah dipotong kiub hingga garing. Ketepikan.
2. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk halus hingga garing.
3. Kemudian masukkan tauge dan telur.
4. Masak beberapa minit dan kemudian masukkan daun sup dan perasakan dengan garam.
5. Akhir sekali masukkan roti dan gaul rata.
6. Sedia untuk dihidangkan.

Friday, March 27, 2009

BAWAL ASAM LIMAU

Sumber Gambar & Resepi : Saji ( April 2009 )

Bahan-bahan A :
1 ekor ikan bawal ( bersihkan dan rebus dengan sebatang serai )

Bahan-bahan sos :
2 biji tomato
10 tangkai cili padi
10 biji limau kasturi ( diambil airnya )
3 cm belacan

Bahan-bahan B :
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
Hirisan kulit limau kasturi

Cara membuat :
1. Kisar bahan-bahan sos. Masukkan garam, gula dan hirisan kulit limau kasturi. Gaul rata.
2. Hidangkan bersama ikan bawal yang telah direbus tadi.

SAGU GULA MELAKA

Sumber Gambar & Resepi : Saji ( April 2009 )

Bahan-bahan :
2 cawan sagu biji ( basuh dan toskan )
2 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
3 cawan air
2 cawan santan pekat
1 helai daun pandan

Cara membuat :
1. Masukkan gula merah, gula pasir, daun pandan dan sedikit air ke dalam periuk. Masak hingga gula hancur dan mendidih. Angkat dan tapiskan. Biarkan sejuk.
2. Masukkan sagu ke dalam periuk dan masak dengan sedikit air hingga warna sagu bertukar jernih. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan.
3. Hidangkan sagu dengan air gula dan santan pekat yang telah diperisa dengan sedikit garam.

AYAM DAN TAUHU DENGAN CILI KERING

Sumber Gambar & Resepi : Nestle

Bahan-bahan :
5 sudu besar minyak masak
2 keping tauhu yang kental ( dikiubkan )
12 biji cili kering ( dipotong kira-kira 2 cm )
3 ulas bawnag putih ( dikisar )
3 cm halia ( dikisar )
300 gram daging ayam tanpa tulang ( dikiubkan )

Bahan-bahan sos :
2 sudu besar stok pekat ayam
1 1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap pekat
1/2 cawan air
1 sudu kecil gula
Sedikit minyak bijan
2 sudu kecil tepung jagung ( digaul dengan 2 sudu besar air )
100 gram kacang pea / pis manis
1/2 cawan kacang gajus goreng

Cara membuat :
1. Panaskan minyak dan gorengkan cili kering dan tauhu secara berasingan. Keluarkan daripada kuali dan ketepikan. Tuangkan minyak berlebihan dan hanya tinggalkan 1 sudu besar minyak dalam kuali.
2. Goreng halia dan bawang putih hingga naik baunya. Tambahkan ketulan ayam dan gorengkan hingga warnanya menjadi kekuningan.
3. Kacay kandungan bahan-bahan sos dan biarkan ia mendidih. Kemudian pekatkannya dengan tepung jagung.
4. Sebelum api ditutup, masukkan kacang pea / pis manis bersama dengan kacang gajus.
5. Hidangkan bersama nasi.

SALAD BERSOS YOGURT

Sumber Gambar & Resepi : Nestle

Bahan-bahan sos :
300 gram yogurt rendah lemak perasa mangga
1 biji bawang ( dikisar )
1 biji cili merah ( dikisar )
3 sudu besar walnut ( dipotong halus )
1 tangkai daun ketumbar
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam ( dikisar kasar )
1 1/2 sudu besar stok pekat ayam
Gula secukup rasa

Bahan-bahan salad :
1 paket salad hijau bercampur
1 biji lobak merah ( disagat halus )
8 biji tomato ceri ( dipotong 2 )
1 biji cili hijau ( dipotong )
1 biji cili merah ( dipotong )

Cara membuat :
1. Gaulkan bahan-bahan sos baik dan ketepikan.
2. Campurkan bahan-bahan salad di dalam mangkuk. Tambah sos dan gaulkannya.
3. Sedia untuk dihidangkan.

IKAN BAKAR BERSOS CILI THAI

Sumber Gambar & Resepi : Nestle

Bahan-bahan :
750 gram filet ikan
2 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
1/2 sudu besar minyak masak
Foil aluminium
Daun pisang

Bahan-bahan A :
1/2 cawan sos cili thai
1 batang serai ( dipotong nipis )
6 biji cili padi ( dihiris )
3 ulas bawang putih ( dikisar )
1 tangkai daun ketumbar
1 biji bawang besar ( dihiris nipis )
2 sudu besar jus limau
Gula secukup rasa

Cara membuat :
1. Perapkan ikan dengan serbuk pati ikan bilis selama 15 minit.
2. Sapukan minyak masak ke atas filet ikan. Letakkan ikan di atas daun pisang dan selepas itu letakkan atas foil aluminium.
3. Gaulkan bahan A hingga sebati dan tuangkan ke atas ikan.
4. Lipat foil aluminium dan buat lubang di bahagian tengah agar wapnya boleh keluar.
5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 200 darjah celcius selama 15 - 20 minit.
6. Hidangkan bersama nasi.

PUDING LAICI

Sumber Gambar & Resepi : Nestle

Bahan-bahan :
1 tin susu cair
1 tin laici
5 biji telur
5 keping roti ( bahagian tepi dipotong )
5 sudu besar gula
1 paket jeli segera beri biru

Cara membuat :
1. Kisar halus susu cair, laici, telur, roti dan gula.
2. Masukkan adunan ke dalam mangkuk kastard.
3. Kukus selama 15 - 20 minit. Keluarkan daripada pengukus dan ketepikan.
4. Sementara itu cairkan jeli di dalam air panas dan tuangkan ke atas puding laici tadi.
5. Bekukan di dalam peti sejuk dan hiaskannya dengan laici.

Thursday, March 26, 2009

POPIA BASAH


Sumber Gambar & Resepi : Saji ( April 2009 )

Bahan kulit popia :
500 gram tepung gandum
2 sudu kecil tepung jagung
500 ml air
Sedikit garam

Bahan sos :
1 botol sos cili
1/2 botol sos tiram
1 cawan gula merah
1 cawan gula putih

Bahan inti popia :
1/2 biji sengkuang ( sagat memanjang )
1/2 batang timun ( sagat memanjang )
1/2 cawan gula
1 batang lobak merah ( sagat memanjang )
1 paket kecil udang kering ( kisar halus )
2 tangkai kacang panjang ( hiris halus )
2 keping tauhu ( hancurkan )
2 ulas bawang putih ( ketuk )
Sedikit tauge
Garam secukup rasa

Cara membuat kulit popia :
1. Satukan kesemua bahan dan masukkan ke dalam mesin pengadun dan adun selama 3 minit hingga adunan sebati.
2. Perap adunan lebih kurang 2 jam atau hingga sebati dan menjadi seperti bergetah.
3. Panaskan kuali dengan api yang perlahan. Jangan terlalu panas kerana kulit popia akan menjadi tebal.
4. Ambil sedikit adunan, letakkan di atas kuali yang telah panas tadi dan ratakan dengan genggaman tangan hingga jadi bulat dan nipis.
5. Biarkan masak dan angkat serta biarkan sejuk. Ulang proses yang sama hingga adunan habis.

Cara membuat sos :
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak hingga pekat dengan api yang sederhana.

Cara membuat inti :
1. Tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan tauhu yang telah dihancurkan dan udang kering yang telah dikisar. Tumis hingga garing.
3. Masukkan sayur-sayuran dan tumis lagi hingga keluar air.
4. Angkat dan toskan. Jangan masak terlalu lama, nanti sayur tidak rangup.
5. Ambil kulit popia yang disediakan tadi, sapukan sos dan masukkan inti sayuran. Gulung kemas.

PAIS UDANG


Sumber Gambar & Resepi : Saji ( April 2009 )

Bahan-bahan :
600 gram udang
2 cm halia
1 helai daun kunyit
5 tangkai cili merah
1 sudu kecil tepung jagung
5 cm kunyit hidup
2 helai daun limau purut
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 batang serai
1 1/2 biji kelapa parut
Daun pisang
Garam

Cara membuat :
1. Udang dibuang kulitnya. Kisar cili, kunyit, halia, bawang merah, bawang putih, serai dan kelapa parut sehingga halus.
2. Daun limau purut dan daun kunyit dicarik-carik. Satukan kesemua bahan dan gaulkan dengan tepung jagung serta garam secukup rasa. Masukkan udang dan gaulkan sebati.
3. Layurkan sedikit daun pisang dan letakkan sedikit adunan pais ke atas daun pisang.
4. Bungkus kemas daun pisang lalu dibakar sehingga masak selama kira-kira 10 minit.

BEBOLA COKLAT


Sumber Gambar & Resepi : Saji ( Ogos 2008 )

Bahan-bahan :
100 gram coklat masakan
90 gram krim putar
70 gram kek coklat ( diramas )
150 gram coklat masakan
10 gram cocoa butter

Cara membuat :
1. Cairkan coklat dan krim putar. Setelah cair ketepikan dan terus dikacau hingga sejuk.
2. Kemudian tuangkan kek coklat yang telah diramas dan bulatkan seperti bebola.
3. Kemudian untuk bahan celupan luarnya pula cairkan 150 gram coklat masakan dan 10 gram cocoa butter.
4. Cairkan dan cucuk bebola dengan garfu bagi memudahkan kita untuk mencelupkan bebola tersebut ke dalam coklat tadi.
5. Sejukkan.

COKLAT PUDINA


Sumber Gambar & Resepi : Saji ( Ogos 2008 )

Bahan-bahan :
110 gram coklat masakan
15 gram cocoa butter
70 gram coklat masakan
60 ml krim putar
10 ml esen pudina
40 gram badam cincang

Cara membuat :
1. Satukan 70 gram coklat masakan, krim putar dan esen pudina. Cairkan dan ketepikan. Setelah sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit dan kemudian keluarkan.
2. Kemudian cairkan pula 110 gram coklat masakan dengan cocoa butter.
3. Sudu atau paipkan adunan kedua ( separuh sahaja ) untuk mendapatkan bentuk acuan. Biarkan ia sejuk dan keras.
4. Kemudian paipkan adunan pertama tadi dan taburkan badam cincang.
5. Tidak perlu tunggu ia mengeras, paipkan adunan kedua tadi hingga habis.
6. Biarkan sejuk. Bahagian tengah coklat ini agak lembut berbanding bahagian luarnya.

KEPINGAN COKLAT BERKACANG


Sumber Gambar & Resepi : Saji ( Ogos 2008 )

Bahan-bahan :
110 gram coklat masakan
95 gram krim putar
10 gram mentega cair
70 gram kek coklat ( diramas )
35 gram almond ( dipanggang )
30 gram hazelnut ( dipanggang )

Cara membuat :
1. Almond dan hazelnut dicincang dan ketepikan.
2. Satukan coklat masakan, krim putar dan mentega cair. Cairkan dengan kaedah double boiler.
3. Satuakn kesemua bahan dan kacau sebati. Masukkan ke dalam loyang dan tekan hingga mampat. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 4 jam.
4. Setelah dikeluarkan dari peti sejuk bolehlah dipotong.
5. Jangan gunakan loyang yang terlalu tinggi kerana sukar untuk mengeluarkan kepingan coklat ini setelah ia keras.

COKLAT COLADA


Sumber Gambar & Resepi : Saji ( Ogos 2008 )

Bahan-bahan :
110 gram coklat masakan
15 gram cocoa butter
5 gram serbuk buah pala
50 gram buah pala sagat

Cara membuat :
1. Cairkan coklat masakan dengan cocoa butter. Ketepikan.
2. Masukkan serbuk buah pala.
3. Setelah adunan sejuk, masukkan sedikit adunan ke dalam acuan dan taburkan buah pala yang disagat dan tuangkan lagi adunan coklat.

COKLAT DAKAP CINTA


Sumber Gambar & Resepi : Saji ( Ogos 2008 )

Bahan-bahan :
150 gram coklat masakan
10 gram cocoa butter
40 gram jem rasberi

Cara membuat :
1. Satukan coklat masakan dan cocoa butter. Cairkan dengan kaedah double boiler.
2. Setelah cair, angkat dan ketepikan. Adunan haruslah dikacau terus sehingga panasnya
berkurangan. Suhu coklat hendaklah 27 darjah celcius dan barulah dituangkan ke dalam acuan.
3. Setelah ianya sejuk masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit. Kemudian keluarkan.
4. Sapukan jem di atas satu lapisan dan dakapkan dengan sebiji lagi coklat.

COKLAT HITAM PUTIH


Sumber Gambar & Resepi : Saji ( Ogos 2008 )

Bahan-bahan :
100 gram coklat masakan
100 gram coklat putih

Cara membuat :

1. Cairkan coklat putih terlebih dahulu. Kemudian masukkan dalam piping beg dan paipkan ke
dalam acuan.
2. Biarkan ia mengeras dan barulah dicairkan coklat masakan pula.
3. Paipkan di atas coklat putih yang telah keras tadi.

SHAKE KURMA


Sumber Gambar & Resepi : Nestle

Bahan-bahan :
10 biji buah kurma ( dibuang biji )
300 ml susu rendah lemak
2 skup aiskrim vanilla
Daun pudina ( hiasan )

Cara membuat :
1. Kisarkan buah kurma, susu rendah lemak dan aiskrim vanilla selama 30 saat atau sehingga
tekstur lembut.
2. Tuang ke dalam gelas dan hiaskan dengan daun pudina.

KIWI LONGAN SHAVE DELIGHT


Sumber Gambar & Resepi : Mingguan Wanita

Bahan-bahan :
Air gula ( secukup rasa )
Air batu
Buah longan
Biji selasih
Pewarna hijau
6 biji buah kiwi ( dalam tin )

Cara membuat :
1. Letakkan air gula bersama air batu dan kisar.
2. Campurkan pewarna hijau.
3. Hiaskan dengan buah longan, buah kiwi dan biji selasih.
4. Sedia untuk dihidangkan.

SOURPLUM CORALWEED


Sumber Gambar & Resepi : Mingguan Wanita

Bahan-bahan :
Air gula ( secukup rasa )
Air batu
Pewarna merah
Buah sourplum coralweed
1 biji limau kasturi
Biji selasih

Cara membuat :
1. Letakkan air gula dalam mesin pengisar bersama dengan air batu. Kemudian kisarkan.
2. Tambah pewarna dan sourplum.
3. Hiaskan dengan limau kasturi dan biji selasih.

KERABU PERUT


Sumber Gambar & Resepi : Mingguan Wanita

Bahan-bahan :
50 gram perut lembu ( direbus )
1/2 biji bawang besar ( dihiris halus )
1 batang serai ( dihiris halus )
5 helai daun limau purut ( disiat )
1 biji limau nipis ( dipetah airnya )
Daun salad
Cili benggala merah @ hijau
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuat :
1. Gaulkan bawang besar bersama serai. Kemudian masukkan perut, daun limau purut dan air
perahan limau tadi.
2. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
3. Hiaskan dengan daun slad dan cili bengala.

KERABU UDANG GALAH


Sumber Gambar & Resepi : Mingguan Wanita

Bahan-bahan :
6 ekor udang galah ( direbus )
1 tangkai bunga kantan ( dihiris halus )
1 biji limau nipis ( diperah airnya )
1 batang serai ( dihiris halus )
1 biji tomato putih @ hijau
1 biji cili merah
1 biji cili besar hijau
Garam dan serbuk perasa secukupnya
1 biji limau kasturi ( hiasan )

Cara membuat :
1. Rebuskan udang galah.
2. Gaulkan bunga kantan, tomato, serai dan air limau nipis. Kemudian masukkan udang galah
yang telah siap direbus.
3. Letakkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
4. Hiaskan dengan cili merah, cili hijau dan limau kasturi.

KERABU MANGGA


Sumber Gambar & Resepi : Mingguan Wanita

Bahan-bahan :
1/2 biji mangga muda ( dihiris halus )
50 gram kacang panjang ( dipotong kecil )
1 biji tomato ( dipotong dadu )
8 biji cili padi ( dihiris halus )
100 gram udang kering
50 gram kacang tanah ( ditumbuk )
2 biji bawang kecil ( dihiris )
1 biji limau nipis ( diperah airnya )
Cili merah
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuat:
1. Gaulkan kacang panjang, tomato, cili padi, udang kering, kacang tanah, bawang kecil, mangga
muda dan perahan air limau nipis ke dalam satu bekas.
2. Kemudian bubuh garam dan serbuk perasa dan secukupnya.
3. Hiaskan dengan cili merah sebelum dihidangkan.

KERABU IKAN BILIS


Sumber Gambar & Resepi : Mingguan Wanita

Bahan-bahan :
50 gram ikan bilis ( digoreng )
1 batang serai ( dihirs halus )
1/2 biji bawang besar ( dihiris )
8 biji cili padi ( dipotong halus )
3 helai daun limau ( dihiris halus )
1 biji limau nipis ( diperah airnya )]1 biji cili merah
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuat :
1. Gaulkan ikan bilis yang telah digoreng dengan serai, bawang besar, cili padi, daun limau dan
air perahan limau ke dalam satu bekas.
2. Bubuh garam dan serbuk perasa secukupnya.
3. Hiaskan dengan cili merah sebelum dihidang.

KERABU PARU


Sumber Gambar & Resepi : Mingguan Wanita

Bahan-bahan :
50 gram paru ( direbus kemudian dihiris )
1/4 batang timun ( dihiris halus )
1 batang serai ( dihiris halus )
1/2 biji bawang besar ( dihiris )
1 ulas bawang putih
1 biji limau nipis ( diperah airnya )
1 biji cili benggala hijau
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuatnya :
1. Gaulkan timun, serai, bawang besar, bawang putih, paru dan perahan air limau ke dalam satu
bekas.
2. Kemudian tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
3. Hiaskan dengan cili benggala hijau sebelum dihidang.

Tuesday, March 10, 2009

BUAH HATIKU...

Buah hatiku yg pertama...Aina Balqies..anak daraku ini dah berusia 7 thn

Buah hatiku yg ke2...Aliff Danieal..yg ni pulak berusia 4 thn

Buah hatiku yg ke3...Adam Daniesh...baby ni pulak baru berusia 3 bln
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...