Monday, July 27, 2009

SAGU GULA MELAKA



Sumber Gambar & Resepi : Rasa ( Jun 2009 )

Bahan-bahan :
200 gm biji sagu
1 liter air
1 sudu teh pewarna hijau
2 helai daun pandan
1 sudu makan gula pasir

Bahan-bahan kuah :
200 gm gula melaka
50 gm gula
200 ml santan pekat
2 helai daun pandan
1 sudu teh garam
Air secukupnya

Cara membuat :
1. Masak air hingga mendidih.
2. Selepas itu masukkan sagu. Kacau hingga pekat.
3. Kemudian buangkan airnya dan masak sekali lagi. Kacau hingga masak.
4. Masukkan gula pasir dan pewarna hijau. Kacau hingga mendidih.
5. Setelah itu, padamkan api dan adunan bolehlah disenduk ke dalam mangkuk manisan.
6. Untuk kuah pula, rebus santan dan daun pandan. Masukkan garam dan tunggu hingga mendidih. Ketepikan.
7. Sementara itu rebus gula pasir dan gula melaka bersama sedikit air hingga mendidih. Angkat dan ketepikan.
8. Apabila ingin menhidang, tuang santan dan air gula melaka ke dalam mangkuk manisan.
9. Sedia untuk dinikmati.

PENGAT PISANG



Sumber Gambar & Resepi : Rasa ( Jun 2009 )

Bahan-bahan :
6 biji pisang ( dikupas dan dihiris )
200 ml santan pekat
800 ml air
1 sudu teh garam
100 gm sagu
100 gm gula melaka
2 helai daun pandan

Cara membuat :
1. Masak air dan daun pandan. Tunggu hingga mendidih.
2. Kemudian masukkan sagu dan biar hingga masak.
3. Apabila sudah mendidih, masukkan pisang.
4. Kemudian masukkan gula, garam dan gula melaka.
5. Biarkan pisang masak dan masukkan santan.
6. Setelah itu biarkan mendidih sebentar, angkat dan hidangkan.

BINGKA LABU



Sumber Gambar & Resepi : Saji ( Jun 2009 )

Bahan-bahan :
1 biji labu kuning saiz sederhana ( kupas dan rebus hingga empuk )
240 gm gula pasir
250 gm tepung gandum
3 biji telur saiz A
1 cawan santan pekat
125 gm marjerin ( dicairkan )

Cara membuat :
1. Kisar labu yang telah direbus bersama gula, telur dan santan hingga halus.
2. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam mangkuk besar.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Kemudian masukkan marjerin yang telah dicairkan dan kacau rata. Jika adunan berketul-ketul, bolehlah ditapis atau dikisar sekali lagi.
5. Panaskan ketuhar 150 darjah celcius dan sapukan acuan dengan marjerin.
6. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.

SPAGETI BERKRIM



Sumber Gambar & Resepi : Saji ( Jun 2009 )

Bahan-bahan :
1 paket pasta spageti ( direbus lembut )
30 gm cendawan butang ( dipotong )
30 gm cemdawan tiram ( dipotong )
30 gm cendawan Portabello ( dipotong )
5 ulas bawang merah ( dikisar halus )
3 ulas bawang putih ( dikisar halus )
2 helai daun salam
1 cawan krim masakan
6 ekor udang segar ( dibuang kulit )
1 sudu besar minyak zaitun
Garam dan lada sulah secukupnya

Cara membuat :
1. Didihkan air. Masukkan pasta. Biarkan hingga lembut ( 6 hingga 9 minit ).
2. Tapis pasta dan gaulkan bersama minyak zaitun supaya tidak melekat.
3. Tumis bawang merah dan bawang putih. Kemudian masukkan cendawan yang telah dipotong tadi.
4. Tumis hingga naik bau dan layu. Masukkan krim masakan dan biar hingga mendidih.
5. Akhir sekali masukkan udang segar ke dalam krim yang mendidih tadi.
6. Seterusnya masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
7. Sedia untuk dihidangkan.
8. Untuk tambahan bahan perasa, taburkan keju parmesan di atas pasta yang dihidangkan.

SERUNDING CENDAWAN



Sumber Gambar & Resepi : Saji ( Jun 2009 )

Bahan-bahan :
1 kg cebdawan tiram ( potong halus )
500 gm bawang merah ( dimayang )
600 ml santan
2 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
4 kiub ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar :
5 biji ulas putih
5 biji bawang merah
5 batang serai
3 cm lengkuas
3 cm halia
15 tangkai cili kering

Bahan-bahan rempah :
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih

Cara membuat :
1. Tumiskan bawang merah yang telah dimayang hingga garing. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi.
2. Selepas itu masukkan santan, kerisik, bahan rempah, stok ikan bilis, daun kunyit dan daun limau purut.
3. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Kacau hingga kering menggunakan api kecil.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...