Saturday, March 26, 2011

CUSTARD TEA CAKE



tergoda sungguh gee tgk kek ni ada di merata-rata blog trsohor..kat dapur cik mat ada, dapur kak ita ada dan ramai lg ler dah mncubanya..

apa lagi, petang td pun gee mula le buat kek ni plak..masa proses membakar alahai sedapnya bau..mmg harum sungguh bau kek ni smpi hubby n anak-anak gee sibuk brtanya apa la yg mama ni buat..siap je bakar terus rasa..memang best tp kek ni bak kata kak ita agak "manja"..memang ye pun..sgt rapuh tp sedappp..gee buat 2 adunan sbb tgk kat blog2 yg dah mencuba semua kata dpt kecil jer kek ni..saja buat lebih, boleh gak sedekah kat jiran..

ok, layan resepinya..gee c&p dr dapur kak ita..tq kak ita..

CUSTARD TEA CAKE
By: Kak Ida

bahan-bahan
125g/1/2 cawan butter
1/3 cawan gula castor
1 biji telor
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung kastard

pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur...gaul rata...masukkan tepung dan gaul rata.
guna kek pan yang boleh ditanggalkan di bahagian bawahnya...alas dengan kertas dan gris supaya tidak melekat...
letakkan sebahagian kek batter dan ratakan...tuangkan kastard dan kemudian tuang baki kek tadi, ratakan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 30 minit pada 180C...
keluarkan dari oven, sejukkan dan taburkan gula icing...

bahan kastard
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu
15g butter
2 sudu teh vanilla

larutkan tepung kastard dan gula kedalam susu, panaskan hingga mendidih dan pekat....masukkan butter dan vanilla...sejukkan...

note: doublekan kuantiti jika mahukan kek yang lebih besar...

Thursday, March 10, 2011

KEK SIFON COKLAT



kek ni gee buat masa birthday anak ke-2 dan ke-3 bln 12 hr tu..hehehe..ni baru nk update, sorry le..sumber resepi dr buku "Panduan Asas Menghias Kek" Zati D' Hati..1st deco kek guna krim mentega, paham2 jer la..budak baru belajar le katakan...

KEK SIFON COKLAT
Bahan A:
40 gm koko
40 ml air panas ( bancuh koko dgn air panas dulu, baru tambah susu segar )
80 ml susu segar
4 kuning telur
100 gm gula kastor
120 gm tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
60 gm minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B:
4 biji putih telur
50 gm gula kastor
1/4 sudu kecil cream of tar-tar

Cara membuat:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah celcius.
2. Pukul bahan A sehingga sebati.
3. Dlm mangkuk lain, pukul telur dan cream of tar-tar sampai berbuih.
4. Masukkan gula dan pukul hingga menjadi meringue.
5. Masukkan putih telur ini ke dalam adunan A tadi. Gaul perlahan.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang sembilan inci. Loyang tidak perlu dilengser, hanya alas dgn kertas minyak sahaja.
7. Bakar selama 40 minit.
8. Apabila masak, terus telangkupkan atas redai.



KRIM MENTEGA

Bahan-bahan :
500 gm krimwell
200 gm shortening ( lemak sayur )
160 gm gula aising ( diayak 2 kali )
2 sudu besar susu pekat ( boleh diabaikan )
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu teh minyak mentega ( butter oil )

Cara membuat :
1. Putar krimwell dan shortening hingga gebu. Masukkan susu pekat dan putar. ( kalau tak nak guna susu pekat pun takpe )
2. Masukkan esen vanilla dan minyak mentega.
3. Kemudian masukkan gula aising dan putar hingga menjadi krim mentega.
4. Setelah siap bolehlah diwarnakan mengikut kesukaan anda...

BERZAKATLAH - HARTA TERPELIHARA, ASNAF TERBELA



"Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta ( pertolongan ) dan bagi orang miskin yang tidak mendapat bahagian". (QS. At-Dzariyyat:19)

as salam semua..lamanya dah x update blog ni..hr ni jom kita sembang2 pasal zakat le pulak..

Pecahan zakat harta
1. Emas & Perak
2. Simpanan
3. Perniagaan
4. Tanaman
5. Ternakan
6. Pelaburan / Saham
7. KWSP / LTAT
8. Harta Rikaz

ZAKAT SIMPANAN

Syarat-syarat wajib :
1. Islam
2. Wang simpanan itu miliknya
3. Cukup haul 12 bulan Qamariah
4. Cukup nisab ( 20 mithqal emas bersamaan 85gram )

Perkara yang perlu diambil kira dalam mentaksir:
1. Baki terendah dalam semua akaun
2. Saham pelaburan yang belum dikeluarkan zakat oleh syarikat pemilik saham
3. Semua jenis tabungan sama ada disimpan di bank atau di rumah
4. Jumlah hutang yang dijangka diperolehi
5. Semua deposit yang dianggap milik sempurna

ZAKAT EMAS

Emas yang dipakai / digunakan dikenakan zakat sekiranya melebihi nilai uruf (nilai kebiasaan masyarakat / adat di sesuatu tempat). Nilai uruf di negeri Perak ialah 500gram.

Emas yang tidak dipakai (disimpan) dikenakan zakat sekiranya melebihi atau menyamai kadar nisab 85gram.

Nota :
*Zakat tidak dikenakan ke atas batu-batuan
*Nisab bagi emas adalah 20mithqal (85gram)
*Nisab bagi perak adalah 200 dirham (595gram)

ZAKAT KWSP / LTAT

2 kaedah taksiran:
*Zakat wajib dikeluarkan ketika pencarum mengeluarkan wang tersebut (setelah bersara atau untuk membeli rumah). Kadarnya 2.5%
*Caruman pekerja sahaja tidak termasuk caruman majikan dikenakan zakat apabila cukup haul dan nisab. Wajib dikeluarkan zakat tiap-tiap tahun bila memenuhi syarat-syaratnya walaupun masih berada dalam KWSP / LTAT. Kadarnya 2.5%

ZAKAT SAHAM

Saham adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Saham dikenakan zakat apabila tidak berlaku proses jual beli saham dalam tempoh setahun dan cukup kadar nisabnya. Nilai saham yang hendak dizakatkan dikira mengikut harga pasaran semasa pada masa cukup haul.

ZAKAT TANAMAN

Tanaman yang dikenakan zakat adalah tanaman yang merupakan makanan ruji / asasi seperti padi, kurma, jagung, anggur dan gandum. Ia dikenakan sekiranya hasil tanaman itu mencapai / melebihi 5 ausuq / 363 gantang / 1,306.80 kilogram. Ia terbahagi kepada dua :

*Bagi tanaman yang menggunakan tenaga manusia atau lainnya seperti binatang dan jentera atau dengan perbelanjaan yang banyak, maka zakatnya ialah 5% atau 1/20.
*Bagi tanaman yang hidup bergantung kepada aliran hujan atau aliran air secara semulajadi, maka kadar zakatnya ialah 10% atau 1/10.

untuk keterangan lanjut boleh lawati Portal Rasmi Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak di sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...