Wednesday, May 21, 2014

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah..Bertambah setahun lagi usiaku..Syukur PadaMu Ya Allah



Ucapan dari hubby tersayang...

Sanah Helwa Ya Honey


ALMOND CRUNCHY


Sumber : Kak Ita

Bahan-bahan :

200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hijau ( labu )

100 gm kuaci bunga matahari ( gee tambah ni )
20 gm bijan hitam ( gee x guna bijan )


Cara membuatnya :

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.




Alhamdulillah, hasil dari perkongsian ilmu dari Kak Ita ni gee telah pun mula berniaga kecil-kecilan almond crunchy dengan menggunakan jenama coklat gee iaitu Balqies Chocolate..sekiranya ada yang ingin menempah almond crunchy ni dari gee boleh sms / whatsapp di 0194920793..tq



Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru..


Selamat Hari Guru buat guru2 yg pernah mengajar gee di Sek. Keb. Bota Kanan, Perak ( 1987-1992 ) & Sek. Men. Keb. Dato' Abdul Rahman Ya'akub, Bota Kanan, Perak ( 1993-1999 )...Jasa kalian x mungkin dpt dibalas dgn wang ringgit..Tak lupa juga buat guru2 kepada anak2 gee di Pasti Al-Furqan, Seri Iskandar & Sek. Keb. Iskandar Perdana, Seri Iskandar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...