Showing posts with label ROTI. Show all posts
Showing posts with label ROTI. Show all posts

Tuesday, November 10, 2009

ROTI ARAB

buat utk sarapan hjg mnggu lps..sedap tau roti ni, saya makan ngan kari ayam..tq utk Sofinar myR..saya c&p yer..



Bahan-bahan :
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar gula
300 ml air suam
6 gm yis
500 gm tepung gandum

Cara membuat :
1. Mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam.
2. Tepung digaul dengan yis.
3. Kemudian campurkan semua bahan dan uli hingga licin dan kental.
4. Perap selama 1 jam dalam beg plastik yang tertutup @ bekas yang tertutup.
5. Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji.
6. Canai nipis lebih kurang 0.4 cm.
7. Panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
8. Sedap dimakan bersama kari ayam @ daging.

Tuesday, March 31, 2009

ROTI GORENG SOSEJ


Sumber Gambar & Resepi : Rasa ( Mac 2007 )

Bahan-bahan :
2 keping sosej
2 keping roti
1 biji telur ( dipukul dengan garam secukup rasa )
2 sudu makan oat

Cara membuat :
1. Kukus sosej selama 10 - 15 minit. Ketepikan.
2. Gelek roti hingga nipis dan kemudian gulung sosej yang telah dikukus tadi.
3. Gamkan dengan sedikit sapuan telur di hujung gulungan agar tidak terbuka semasa digoreng.
4. Celupkan ke dalam telur.
5. Golekkan dengan oat hingga rata.
6. Goreng hingga kekuningan.

JEJARI ROTI


Sumber Gambar & Resepi : Rasa ( Mac 2007 )

Bahan-bahan :
1 keping roti
1 biji telur ( dipukul bersama garam)
20 gram bijan
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat :
1. Roti dihiris empat bahagian.
2. Celupkan ke dalam telur.
3.Kemudian golekkan dengan bijan.
4. Goreng hingga kekuningan dan sedia untuk dinikmati.

ROTI GULUNG BERINTI


Sumber Gambar & Resepi : Rasa ( Mac 2007 )

Bahan-bahan :
3 keping roti putih
2 keping biskut tawar ( dihancurkan )
1 biji telur ( ditambah garam dan dipukul )

Bahan-bahan inti :
2 sudu makan daging ayam hancur
3 sudu makan sayur campur
1 ulas bawang kecil ( dimayang )
2 biji cili merah ( ditumbuk halus )
1/2 kiub ayam ( ditumbuk bersama cili )
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat :
1. Di dalam kuali, tumis bawang kecil bersama dengan cili hingga garing.
2. Kemudian masukkan daging ayam hancur dan masak beberapa minit hingga daging tersebut masak.
3. Kemudian masukkan sayur campur dan perasakan dengan garam. Ketepikan.
4. Ambil roti dan gelek hingga nipis. Potong dua.
5. Masukkan inti dan gulung, gamkan dengan menggunakan sedikit sapuan telur di hujung gulungan.
6. Kemudian celupkan roti ke dalam telur dan golekkan dengan biskut tawar yang telah dihancurkan.
7. Goreng dengan minyak yang penuh hingga kekuningan.
8. Sedia untuk dihidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...