Showing posts with label PASTRY. Show all posts
Showing posts with label PASTRY. Show all posts

Thursday, April 1, 2010

TAU SA PIAH



ni projek membaking sabtu baru2 ni..inilah kuih cina yg gee dok makan kecik2 dulu..gee suka sgt kuih ni n seronok sbb dpt mnghasilkannya sendiri..siap g hntr kat abah gee..pastu abah suh buat byk2 n jual kat kedai abah..hehehe..trgelak sorg2 gee, rupa2nya abah pun suka kuih ni..nnt ler abah, along watkan byk2 n kita jual kat kedai abah ekkk...rsepinya ambik dr blog cik mat..mintak izin letak sini resepi tu yer cik mat...

Bahan Pastri:-

Doh A:-
120 g tepung gandum
60 g shortening (lemak sayur)

Doh B:-
120 g tepung gandum
30 g gula aising
30 g shortening (lemak sayur)
50 - 60 ml air

Bahan Inti:-
3/4 cawan kacang hijau tanpa kulit, rendam 3 - 4 jam
3 camca besar minyak masak
2 ulas bawang merah kecil, cincang halus
1/2 cawan gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh parutan kulit oren

Bahan Lain:-
1 kuning telur
Sedikit bijan

Cara membuatnya:-

1. UNTUK DOH:- Bancuh doh A dan B secara berasingan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada mangkuk adunan. Rehatkan doh 30 minit. Kemudian bagi2kan doh A dan B kepada 15 bahagian yang sama besar. Ambil satu doh B, leperkan dan letakkan sebiji doh A. Balut doh tadi dan canai memanjang. Gulung dari bawah ke atas. Kemudian canai gulungan tadi (pastikan gulungan tadi berada dalam keadaan lurus menghadap kita). Kemudian gulung lagi sekali, seperti mula2 tadi. Buat untuk semua doh dan ketepikan. Tutup dengan plastic cling buat sementara.

2. UNTUK INTI:- Kisar kacang hijau tadi hingga halus. Gaulkan garam, gula dan parutan kulit oren. Panaskan minyak dalam kuali, goreng cincangan bawang hingga wangi dan kuning keemasan. Angkat dan ketepikan. Masukkan kacang kisar tadi dan masak hingga kering. Angkat dan masukkan bawang cincang goreng tadi, gaul rata. Sejukkan dan buatkan 15 biji bebola sama saiz. (Inti boleh buat awal2 dan simpan dalam peti sejuk).

3. UNTUK TAU SA PIAH:- Ambil satu biji doh tadi, canai doh lebih kurang berdiameter 10 cm. Letak sebiji inti dan balut kemas2 dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga habis. Sapu kuning telur dan tabur sedikit bijan. Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang.

intinya...


sebelum dibakar...


**boleh tgk langkah demi langkah utk buat pastry ni kat sini...

Wednesday, March 31, 2010

ALMOND PIE



almond pie ni resepinya cilok dr blog k.hana..mintak maaf yer k.hana, gee c&p dr blog k.hana jer la resepi ni..resepi ni gee x guna almond tp guna hazelnut..dah tu jer stok yg ada kat umah..apa2 pun, layan...

Bahan-bahan

* 2 keping pastry - hana gune 4kpg
* Filling
* 50g butter
* 40g gula - resepi asal 50g
* 1 biji telur
* 50g almond powder ( gee guna hazelnut )
* Gliss - kuning telor

Cara-cara

* Panaskan oven suhu 190@200.
* Satukan butter, gula dan telur. Pukul menggunakan spatula.
* Masukkan almond powder. Kacau sebati.
* Ambil sekeping pastry . Letak fillling almond tadi di tengah2. Tutup dengan pastry lg satu.
* Tekan dengan garfu di sekeliling pastry agar tidak terbuka semasa membakar.
* Kelar dengan pisau ditengah2 pastry dan sapukan dengan kuning telur.
* Bakar selama 20min atau hingga keemasan.
* Siap utk dihidang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...