Friday, August 26, 2011

SELAMAT HARI RAYA



assalamualaikum..di kesempatan ini gee ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,MaafZahir & Batin pd kwn2 semua..tahun ni gee akan beraya di kg halaman suami di Felda Kumai, Triang, Pahang..

Thursday, August 4, 2011

COKLAT PERTAMAKU...


ni antara yg gee buat



yg ni oreo choc..xde mould utk oreo choc jadi hantam je guna jelly mould yg ni..tebal sgt le jadinya..



ni yg dibawa Balqies ke sekolah


assalamualaikum semua dan selamat berpuasa..kejap jer rasanya hr ni dah masuk hr yg ke-4 kita semua mnjalani ibadah puasa..

hr ni gee nak share gambar2 homemade chocolate yg gee hasilkan selepas pegi kelas asas membuat coklat di Pejabat MARA Parit pd 27 Julai yg lps..alhamdulillah skrg tlh pun menerima tempahan drpd kwn2 terdekat..terima kasih pd yg sudi menempah tu..pada hr jumaat lps pun anak dara gee ada bawa ke sklh utk dipromosikn pd kwn2nya dan hasilnya amat memberangsangkan..habis licin semua yg dibawanya ke sekolah..ni yg buat mamanya lg berkobar2 nak bisnes coklat plak lps ni...

Tuesday, July 26, 2011

SINGAPORE CHILLI CRAB



assalamualaikum semua..hr ni gee nak kongsikan bersama resepi Singapore Chilli Crab yg gee buat ni..cumanya dr blog mana gee dpt resepi ni xdpt nak diberitahu dgn tepat..sbbnya masa search kat google hr tu dpt2 jer resepinya terus c&p..last2 bila nk wat rujukan balik dr mana dpt dah xleh cari plak..wlu apapun terima kasih bnyk2 kpd pemilik asal resepi ni..harap dpt dihalalkan..

kepada penggemar seafood boleh cuba resepi ni dan gee berani kata mmg best le..sedappp hngga menjilat jari..

Bahan Utama:
4 Ekor ketam
1 tin tomato puree ( boleh kurangkan )
4 sudu makan kicap manis
1 sudu makan jus limau
1 sudu makan gula merah
¼ cawan sos cili
¼ cawan jus epal/anggur tulen ( gee blend sebiji epal dan ambil jusnya )
½ cawan air
2 biji telur putih

Bahan Tumis:
Sebiji besar bawang merah (dihiris halus)
6 batang cili api merah (dicincang halus)
1 sudu makan lengkuas (dicincang halus)
1 cm halia ( ni gee memandai tambah )
1 batang serai, bahagian putih sahaja (dicincang halus)
2 ulas bawang putih (diketuk)
Belacan (sebesar ibu jari)..( gee isi belacan sikit je )
***semua bahan tumis ni gee kisar sekali

Bahan lain:
1 ikat daun ketumbar (coriander leaves) dicincang halus
Tepung jagung untuk memekatkan
Minyak untuk menggoreng
Cara memasak:

Langkah 1:
Sediakan ketam untuk menggoreng dengan mengupas cengkerang ketam dan memotong ketam kepada dua bahagian. Panaskan minyak sehingga cukup panas. Goreng ketam selama 10 minit atau sehingga kulit bertukar warna merah dan isi ketam menjadi putih. Setelah masak, angkat ketam dan ketepikan.

Langkah 2:
Kurangkan minyak untuk menumis. Masukkan bahan tumis ke dalam kuali sehingga berbau harum. Setelah itu, masukkan sos cili, jus epal/anggur tulen, kicap manis, jus limau dan gula merah dan tumis selama 2-3 minit atau sehingga sos mendidih.

Langkah 3:
Campakkan ketam ke dalam kuali dan gaul sehingga sebati. Masukkan air untuk tujuan menambah kuah. Tambahkan air tepung jagung untuk memekatkan kuah jika perlu. Masukkan telur putih dan sebatikan dengan kuah dan ketam.

Langkah 4:
Tambahkan garam dan perasa secukup rasa. Masukkan daun ketumbar (coriander leaves) yang dicincang halus. Hidangkan dengan nasi panas dan sayur berkuah.

Tips:
1) Jus limau berfungsi untuk membelah rasa masam kuah dan menguatkan rasa manis, masam dan pedas kuah. Bahan lain yang menguatkan rasa adalah jus epal/anggur tulen. Jadi, seboleh-bolehnya, pastikan 2 bahan tersebut digunakan untuk rasa terbaik.
2) Ketam boleh direbus didalam air panas untuk 1-2 minit untuk mempercepatkan proses menggoreng. Air rebusan boleh dimasukkan kedalam kuah.
3) Penggunaan peanut oil adalah yang terbaik, kerana ia memberikan rasa lemak kacang yang menyelerakan.

Tuesday, July 19, 2011

JELLY & CAKE MOULD

salam semua..lama dah x update blog ni..skrg ni gee agak sibuk skit..dgn abah gee yg x berapa sihat n mcm2 lg ler benda nk difikirkn..

di sini gee nak kongsikn beberapa item yg gee beli baru2 ni..sekiranya ada kwn2 yg brminat utk mndpatkan item2 ni boleh e-mailkn pd gee zieana80@gmail.com




Sun Flower Mould Size : H4 x W28.5cm Harga : RM 12.90


Rose Mould Size : H3 x 26cm Harga : RM 12.90


Mickey Mould Size : H2.5 x D14cm Harga : RM 7.90


Bear Mould Size : H3 x D13cm Harga : RM 7.90


Size : H5 x D11.5cm Harga : RM 5.90


Cake Mould 3 in 1 RM 59.90 Love Shape : D22.5cm Round Shape : D26cm Square Shape : L28.5 x W27.5 x H6.5cm


Size : 27.5cm Harga : RM 16.90

Tuesday, May 17, 2011

LAKSA



dah lama x buat laksa..tiba2 anak daraku minta buatkan semalam..apa lagi mlm td dah mama dia godek2 kat dapur buatkan kuahnya siap2 sbb klu kuahnya dah mesra dgn rasa asam baru le sedap dimakan...hr ni cuma rebuskan laksa dan sediakan bahan-bahan sampingannya saja..mudah dan sedap..jom cuba laksa resepi dr mak gee..

Sumber : Dunia Resepi Zieana

Bahan-bahan :

2 ekor kembung besar
1 potong ikan tongkol
5 ulas bawang merah
15 tangkai cili kering
10 biji cili padi
1/2 inci belacan
1 batang serai ( diketuk )
1 batang bunga kantan ( dibelah 2 )
Asam keping secukupnya
Daun kesum secukupnya
Garam, serbuk kunyit dan perasa secukupnya

Bahan sampingan :

Timun
Bawang besar
Cili merah
Salad
Limau kasturi / nipis
Telur rebus

Cara membuatnya :

1. Rebuskan ikan kembung dan tongkol bersama 2 hiris asam keping hingga masak. Setelah masak perisikan dan kisar halus isi ikan tersebut. Air rebusan ikan td jgn dibuang kerana boleh digunakan utk mengisar ikan dan bahan-bahan lain.
2. Kisar pula bawang merah, cili kering, cili padi dan belacan.
3. Masukkan kesemua bahan kisar ke dalam periuk, tambahkan air secukupnya dan masak dengan api sederhana.
4. Masukkan asam keping, serai, daun kesum, bunga kantan dan sedikit serbuk kunyit. Masak hingga mendidih.
5. Apabila kuah laksa telah mendidih perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
6. Setelah kuah laksa masak bolehlah dihidangkan dengan laksa dan bahan-bahan sampingan yg telah disediakan.

*Kebiasaannya gee akan buat kuah laksa awal..cthnya pd mlm hr sblm dimakan keesokan harinya. Ini bertujuan memesrakan kuahnya dengan rasa asam dan garam..Gee juga akan mencampurkan 1 potong ikan tongkol ke dalam kuah utk memekatkan kuah laksa..Memang sedap..Cubalah..

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE



assalamualaikum semua..masak apa hr ni ? hari cuti mcm ni mesti semua rajin ke dapur kan ? ptg ni td teringin pulak tekak ni nak makan kek coklat..cari punya cari jumpa kek coklat tanpa telur yg mudah penyediaannya kat dapur kak ita..tapi kek ni memang sedap le..gebu dan lembut jer teksturnya walaupun tanpa telur..jom ramai2 buat kek yg mudah ni...

Sumber : Kak Ita

Bahan-bahan :

1 cawan tepung gandum - ita guna tepung kek
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko - ita guna Tudor Gold
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco - ita letak coffee paste
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung - ita letak Mazola
1 sudu kecil cuka atau jus lemon



Cara membuatnya :

Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek (5' atau 6'). Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Friday, April 22, 2011

BRAZIL NUT COOKIES



jemput makan biskut semua..ni gee buat hari selasa baru2 ni..Perak cuti hr selasa sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Perak..

memang sedap biskut ni sebab ada rasa lemak2 dr kacang gajus tu..anak2 semua suka..resepi gee ambik dr majalah Sedap..sila la cuba..

Sumber : Sedap ( Bil. 16 )

Bahan-bahan :

100 gm mentega tawar sejuk
1/2 sudu teh garam
100 gm gula merah
1 biji telur
100 gm kacang gajus - sangai dan cincang halus
100 gm tepung gandum
1 sudu makan serbu koko
1/2 sudu teh serbuk penaik
75 gram kacang gajus - sangai dan belah dua utk hiasan

Cara membuatnya :

1. Pukul mentega tawar, garam dan gula merah hingga lembut. Masukkan telur dan pukul rata.
2. Masukkan kacang gajus yg telah dicincang halus dan kacau rata. Masukkan pula tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik sambil diayak dan dikacau rata.
3. Sudukan di loyang yang telah disapu nipis dengan mentega. Hiaskan dengan kacang gajus di atasnya.
4. Bakar selama 20 minit dengan suhu 150 darjah celcius hingga masak.

APAM DOT DOT



assalamualaikum semua..hr ni teramat le boringnya..nak tulis apa pun xde idea..apa2 pun layan jer resepi Apam Dot Dot ni yer..gee ambik kat blog Kak Hana..minta izin kopipes kat sini yer kak..

Sumber : Kak Hana

Bahan-bahan

* 3 biji telur - dari peti sejuk
* 275 gm tepung gandum
* 220 gm gula halus - hana kurangkan
* 150gm susu segar
* 3 sudu teh baking powder
* 1 sudu kecil ovallete
* Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
* Pewarna

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

NOTE dr Hana:

* Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
* Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

Saturday, April 16, 2011

MUFFIN COKLAT



hr ni sudah terlebih rajin la pulak..lps je godek2 buat puding kiwi td terus je buatkan anak2 muffin coklat ni..agak tergoda sebenarnya tgk muddin coklat ni tertayang di dapur Noorsha tu..tambahan pula 'coklat'..aduh mmg peberet gee..hehehe..

ok, layan resepi yg gee kopipes dr dapur Noorsha ye..mintak izin letak kat sini yer Noorsha...

Resipi Asal : Yani MyResepi
Sumber : Noorsha

Bahan²


200 gm coklat masakan
70 gm mentega
2 biji telur - Gred A
50 gm gula halus (Noorsha kurangkan ke 30gm saja)
60 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara²
1. Cairkan coklat guna kaedah double boiler
2. Kemudian masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair. Selepas itu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170 C
3.Dalam mangkuk lain satukan telur dan gula. Kacau sebati. Tidak perlu sampai kembang
4. Masukkan telur ke dalam coklat. Kacau asal rata- tak perlu beria² sangat mengacaunye..heheh
5. Ayak tepung & baking powder ke dalam mangkuk coklat tadi. Kacau lagi asal bersatu semua- pun tak payah terlalu gigih mengacau..:)
6. isi adunan dalam muffin cup 1/2 @ 3/4 penuh. bakar hingga 20 minit.
7.selepas masak, muffin mungkin agak lembut sebab sedikit saja tepung digunakan,tapi jgn risau, nanti dah sejuk dia akan keras, jadi kalau lepas 20 minit tu masih lagi lembik, tak perlu bakar semula.

PUDING KIWI



wah petang2 gini sedap makan puding kan..jemput semua makan puding kiwi ni..baki kiwi yg dibeli dah seminggu x berusik langsung..dah lembik jadinya..daripada disedekahkan dlm tong sampah baiklah dimanfaatkan..hasilnya ni lah dia..resepi puding kiwi dari Dapur Tanpa Sempadan Che Mat Gebu kita..tp korang jgn pengsan plak tgk mcm2 rupa puding tu..gee ni mmg suka kumpul jelly mould..pantang gi kedai bakeri, klu ada je jelly mould yg patternnya xde dlm simpanan harusss gee beli..korang pun xyah susah2 beli hadiah mahal2 klu nak bagi gee, bagi je jelly mould ni..kompom gee suka..ahaksss..

ahhh melalut sudah ini perempuan..ampun..minta izin CMG, gee kopipes resepi tu kat sini pulak ye..nnt boleh cuba guna buah laici dan strawberry plak..

Sumber : Che Mat Gebu



BAHAN-BAHANNYA :-)
5 gram serbuk jelly "konnyaku"
625 ml air (2 1/2 cawan)
4 1/2 camca besar gula pasir
200 ml susu sejat "IDEAL"
1 helai daun pandan
2 - 3 titik pewarna hijau epal
2 biji buah kiwi yang telah masak ranum*
125 ml air*(*dikisar)

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Dalam periuk, satukan air, gula, daun pandan, pewarna hijau epal dan serbuk jelly, kacau hingga larut dan masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga mendidih.
2. Alih periuk dari api, keluarkan daun pandan. Tuang puree buah kiwi tadi dan kacau dengan whisk hingga rata , kemudian masukkan susu cair, kacau hingga sebati. Isi dalam bekas sesuai, biar hingga hilang wap panasnya.
3. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit - 1 jam atau hingga keras. Hidangkan dingin sebagai pencuci mulut, jika suka boleh juga dimakan bersama susu cair dan buah2an segar.

PUYUH GORENG REMPAH



resepi asal ni milik Kuzie Catering..gee dapat dari dapur kak ummi..tp gee gunakan puyuh sbb xtau nak masak apa dgn puyuh yg dibeli..nak buat rendang, baru sgt buat rendang minang baru2 ni..jadi hubby kata buat goreng pun sodapp..hehehe

gee kopipes dari dapur kak ummi..minta izin ye kak ummi letak kat sini pulak ye dan tq buat pemilik resepi asal...

AYAM GORENG BEREMPAH (KUZIE CATERING)
Resepi: Pak Engku (Kuzie Catering)
Sumber: Kak Ummi

Bahan:-

* 4 labu bawang merah
* 6 batang serai
* 2 tongkol lengkuas
* 3 sudu rempah kari ikan
* 3 sudu kunyit babas
* 5 sudu cili kering (blend)
* 5 helai daun kari 5 tangkai cili kering dipotong 3 ( gee tambah daun pandan yg dipotong kecil2 )
* sedikit serbuk perasa
* *saya tambah:1 sudu beso biji ketumbar+jintan manis+jintan putih

Cara Memasak:-

1. Ayam dipotong 16/atau ikut suka. Bersihkan dan toskan.
2. Perapkan ayam tadi bersama semua bahan-bahan blend bersama rempah, cili kering...perap lebih satu jam..
3. Panaskan minyak untuk "deep fry" dan goreng ayam tadi, api biar sederhana. Bila serdak agak kekuningan, tapis dan asingkan agar tidak hitam dan hangus (*akak biarkan jek..ok laa..xda la hangus sangat...sedang sedap makan..hehe)
4. Bila ayam dah masak, masukkan daun kari dan cili kering potong tadi.
5. Tabur atas ayam bersama serdak tadi....tentu menyelerakan, lebih banyak serai dan lengkuas lebih banyak serdaknya.

Thursday, April 14, 2011

BLUEBERRY CHEESE CAKE



resepi asal adalah Strawberry Cheesecake..hasil godek2 cari kat dapur kak ummi yang rajin tu..pertama kali cuba buat non bake cheesecake ni..senang je rupanya..masa yg diambil utk menyediakan pun x lama..amat berbaloi utk dicuba..asalnya hr tu mmg nak buat guna strawberry je tp bila g jusco trjumpa plak blueberry terus tukar rancangan..yang paling penting, anak2 dan hubby gee pun suka..Balqies siap suruh mamanya buat lagi mnggu ni..alamak, semakin tembun la mamanya yg dah sememangnya tembun ni..

resepi ni gee kopipes dr dapur kak ummi...tq kak ummi & pemilik asal resepi ni..

Sumber : Kak Ummi

Bahan-bahan (loyang bulat 8")
Bahan-bahan A
• 250 gm biskut mudah hadam(merie or etc) - letak 200g je (akak letak 300 gm ikut loyang akak)
• 125 gm mentega tanpa garam - letak 100g (akak ikut resepi asal)
Bahan-bahan B
• 200 ml krim putar(whipping cream)
• 250 gm krim keju (*akak letak 350 gm)
• 165 gm gula kastor - letak 150g (akak letak 135 gm jek)
• 1 sudu besar jus lemon (*akak letak 1 1/2 sudu besar)
Bahan-bahan C
• 15 gm gelatin halal (*akak ada stok 12 gm jek, nasib baik ok bekunya..hehe)
• 100ml air
• >> campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 min
Topping
• Strawberry topping secukupnyer (*akak guna strawberry jam, bancuh dgn jus strawberry sikit, then tuang jek)..gee guna blueberry topping
• Jus lemon
• Gula caster
• Sedikit air - hana campur sedikit gelatin 1/2 sudu kecil

Cara-cara:-
1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk. Sediakan loyang bulat 8cm. (akak guna non-stick loose round pan)
2. Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat. Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
3. Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu. Ketepikan.
4. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati. Setelah itu masukkan gelatin yg telah di double boilerkan dengan air tadi dan gaul lagi sehingga sebati.
5. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
6. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais. Tuangkan adunan krim cheese td ke atas adunan biskut. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 2-3 jam. (*aah..2 jam je dah ok beku)
7. Buat topping dgn mencampurkan bhn topping semua sekali, apabila telah mendidih,tutup api. Sejukkan. (hana buat kaedah double boiler gune jem je)
8. Tuangkan kuah topping hingga habis. Sejukkan semula.
9. Potong bar ikut suka dan hidangkan.

RENDANG AYAM MINANG



assalamualaikum semua..hari ni gee nak tayang rendang ayam minang yg gee dpt dr blog kak ita..resepi rendang ni menurut kak ita adalah dari Pak Engku..mmg ada sedikit kelainan pada rendang ni berbanding rendang pedas Perak yg biasa gee dan family masak..istimewanya rendang ni sbb menggunakan cili padi, lada hitam dan jintan manis..

ok le, membebel plak si gee ni..apa2 pun rendang ni memang sedap..cubalah ye..resepi kopipes dr blog kak ita..tq sekali lg kak ita..

By: Pak Engku
Sumber : Kak Azlita

Bahan-bahan:

1 ekor ayam kampung - klu tak de ayam bandar pun ok! dipotong 8
5 ulas bawang putih - dikisar
10 ulas bawang merah - dikisar
30 biji cili api - dikisar
2 inc halia - dikisar
4 batang serai - 2 kisar 2 lagi dititik
1 inc lengkuas
rempah tumis - 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
1 sudu teh jintan manis - kisar serbuk pun boleh
1 sudu makan lada hitam - kisar serbuk pun boleh
minyak
sebiji santan kelapa
2 sudu makan kerisik
garam dan gula secukup rasa
daun kunyit dimayang
2 kiub ayam - ita tambah
1 sudu kecil serbuk kunyit - ita tambah

Cara membuatnya :

Tumiskan rempah tumis hingga naik bau, masukkan bahan kisar dan serai titik dan masak hingga kekuningan. Bila sudah kekuningan masukkan jintan manis, lada hitam, serbuk kunyit, dan kiub ayam. kacau rata.
Setelah kuah sedikit kering, masukkan santan, ayam dan kerisik satu persatu.
Bila ayam sudah masak, masukkan garam dan gula seenak rasa dan daun kunyit.
Tunggu sehingga kuah pekat barulah sedia untuk hidangan.

Monday, April 11, 2011

MARBLE CHOCOLATE BANANA CAKE



assalamualaikum semua..marble chocolate banana cake ni gee jumpa di blog kak ita yang cantik sgt2 tu..tq kak ita..memang sedap dan lembut je teksturnya..berbaloi2 le klu mencuba kek pisang ni..sila2kanlah mencuba ye..

By: Chef Zubaidah
Sumber: Kak Azlita

Bahan-bahannya:

250 gm pisang dilecek
250g tepung kek
1st baking powder
200g gula castor
6 biji telur
1 sb ovellette
2 sb susu pekat manis
50 g fresh milk atau susu cair
90 g minyak
1 sb choc emulco
1 sk esen pisang


Cara membuatnya:

Leser loyang berukuran 10 x 10 inc dgn butter dan alaskan tapaknyer dgn kertas minyak.
Panaskan oven 170C.


Lenyek atau kisar pisang dan esen pisang hingga halus. Ketepikan
Satukan semua bahan dalam mixer kecuali
• minyak
• choc emulco
• pisang
• esen pisang
dan pukul dgn kelajuan max hingga adunan pekat dan gebu. Masukkan pisang dan putar lagi dgn kelajuan perlahan hingga semuanyer sebati.
Masukkan minyak dan gaul dgn spatula hingga adunan rata dan sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
1 bahagian diletakkan choc emulco dan satu bahagian dibiarkan pada warna asal.
Masukkan 3 sudu besar warna asal betul2 ditengah2 loyang. Kemudian tuang pula warna coco betul ditengah dan di atas warna putih sebanyak 3 sudu besar juga. Buat begini hingga 3/4 adunan kemudian buat pula dgn 2 sudu besar dan akhir sekali 1 sudu.
Kemudian bakar pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga masak.

Saturday, March 26, 2011

CUSTARD TEA CAKE



tergoda sungguh gee tgk kek ni ada di merata-rata blog trsohor..kat dapur cik mat ada, dapur kak ita ada dan ramai lg ler dah mncubanya..

apa lagi, petang td pun gee mula le buat kek ni plak..masa proses membakar alahai sedapnya bau..mmg harum sungguh bau kek ni smpi hubby n anak-anak gee sibuk brtanya apa la yg mama ni buat..siap je bakar terus rasa..memang best tp kek ni bak kata kak ita agak "manja"..memang ye pun..sgt rapuh tp sedappp..gee buat 2 adunan sbb tgk kat blog2 yg dah mencuba semua kata dpt kecil jer kek ni..saja buat lebih, boleh gak sedekah kat jiran..

ok, layan resepinya..gee c&p dr dapur kak ita..tq kak ita..

CUSTARD TEA CAKE
By: Kak Ida

bahan-bahan
125g/1/2 cawan butter
1/3 cawan gula castor
1 biji telor
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung kastard

pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur...gaul rata...masukkan tepung dan gaul rata.
guna kek pan yang boleh ditanggalkan di bahagian bawahnya...alas dengan kertas dan gris supaya tidak melekat...
letakkan sebahagian kek batter dan ratakan...tuangkan kastard dan kemudian tuang baki kek tadi, ratakan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 30 minit pada 180C...
keluarkan dari oven, sejukkan dan taburkan gula icing...

bahan kastard
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu
15g butter
2 sudu teh vanilla

larutkan tepung kastard dan gula kedalam susu, panaskan hingga mendidih dan pekat....masukkan butter dan vanilla...sejukkan...

note: doublekan kuantiti jika mahukan kek yang lebih besar...

Thursday, March 10, 2011

KEK SIFON COKLAT



kek ni gee buat masa birthday anak ke-2 dan ke-3 bln 12 hr tu..hehehe..ni baru nk update, sorry le..sumber resepi dr buku "Panduan Asas Menghias Kek" Zati D' Hati..1st deco kek guna krim mentega, paham2 jer la..budak baru belajar le katakan...

KEK SIFON COKLAT
Bahan A:
40 gm koko
40 ml air panas ( bancuh koko dgn air panas dulu, baru tambah susu segar )
80 ml susu segar
4 kuning telur
100 gm gula kastor
120 gm tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
60 gm minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B:
4 biji putih telur
50 gm gula kastor
1/4 sudu kecil cream of tar-tar

Cara membuat:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah celcius.
2. Pukul bahan A sehingga sebati.
3. Dlm mangkuk lain, pukul telur dan cream of tar-tar sampai berbuih.
4. Masukkan gula dan pukul hingga menjadi meringue.
5. Masukkan putih telur ini ke dalam adunan A tadi. Gaul perlahan.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang sembilan inci. Loyang tidak perlu dilengser, hanya alas dgn kertas minyak sahaja.
7. Bakar selama 40 minit.
8. Apabila masak, terus telangkupkan atas redai.



KRIM MENTEGA

Bahan-bahan :
500 gm krimwell
200 gm shortening ( lemak sayur )
160 gm gula aising ( diayak 2 kali )
2 sudu besar susu pekat ( boleh diabaikan )
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu teh minyak mentega ( butter oil )

Cara membuat :
1. Putar krimwell dan shortening hingga gebu. Masukkan susu pekat dan putar. ( kalau tak nak guna susu pekat pun takpe )
2. Masukkan esen vanilla dan minyak mentega.
3. Kemudian masukkan gula aising dan putar hingga menjadi krim mentega.
4. Setelah siap bolehlah diwarnakan mengikut kesukaan anda...

BERZAKATLAH - HARTA TERPELIHARA, ASNAF TERBELA



"Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta ( pertolongan ) dan bagi orang miskin yang tidak mendapat bahagian". (QS. At-Dzariyyat:19)

as salam semua..lamanya dah x update blog ni..hr ni jom kita sembang2 pasal zakat le pulak..

Pecahan zakat harta
1. Emas & Perak
2. Simpanan
3. Perniagaan
4. Tanaman
5. Ternakan
6. Pelaburan / Saham
7. KWSP / LTAT
8. Harta Rikaz

ZAKAT SIMPANAN

Syarat-syarat wajib :
1. Islam
2. Wang simpanan itu miliknya
3. Cukup haul 12 bulan Qamariah
4. Cukup nisab ( 20 mithqal emas bersamaan 85gram )

Perkara yang perlu diambil kira dalam mentaksir:
1. Baki terendah dalam semua akaun
2. Saham pelaburan yang belum dikeluarkan zakat oleh syarikat pemilik saham
3. Semua jenis tabungan sama ada disimpan di bank atau di rumah
4. Jumlah hutang yang dijangka diperolehi
5. Semua deposit yang dianggap milik sempurna

ZAKAT EMAS

Emas yang dipakai / digunakan dikenakan zakat sekiranya melebihi nilai uruf (nilai kebiasaan masyarakat / adat di sesuatu tempat). Nilai uruf di negeri Perak ialah 500gram.

Emas yang tidak dipakai (disimpan) dikenakan zakat sekiranya melebihi atau menyamai kadar nisab 85gram.

Nota :
*Zakat tidak dikenakan ke atas batu-batuan
*Nisab bagi emas adalah 20mithqal (85gram)
*Nisab bagi perak adalah 200 dirham (595gram)

ZAKAT KWSP / LTAT

2 kaedah taksiran:
*Zakat wajib dikeluarkan ketika pencarum mengeluarkan wang tersebut (setelah bersara atau untuk membeli rumah). Kadarnya 2.5%
*Caruman pekerja sahaja tidak termasuk caruman majikan dikenakan zakat apabila cukup haul dan nisab. Wajib dikeluarkan zakat tiap-tiap tahun bila memenuhi syarat-syaratnya walaupun masih berada dalam KWSP / LTAT. Kadarnya 2.5%

ZAKAT SAHAM

Saham adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Saham dikenakan zakat apabila tidak berlaku proses jual beli saham dalam tempoh setahun dan cukup kadar nisabnya. Nilai saham yang hendak dizakatkan dikira mengikut harga pasaran semasa pada masa cukup haul.

ZAKAT TANAMAN

Tanaman yang dikenakan zakat adalah tanaman yang merupakan makanan ruji / asasi seperti padi, kurma, jagung, anggur dan gandum. Ia dikenakan sekiranya hasil tanaman itu mencapai / melebihi 5 ausuq / 363 gantang / 1,306.80 kilogram. Ia terbahagi kepada dua :

*Bagi tanaman yang menggunakan tenaga manusia atau lainnya seperti binatang dan jentera atau dengan perbelanjaan yang banyak, maka zakatnya ialah 5% atau 1/20.
*Bagi tanaman yang hidup bergantung kepada aliran hujan atau aliran air secara semulajadi, maka kadar zakatnya ialah 10% atau 1/10.

untuk keterangan lanjut boleh lawati Portal Rasmi Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak di sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...