Showing posts with label BUBUR. Show all posts
Showing posts with label BUBUR. Show all posts

Monday, July 27, 2009

SAGU GULA MELAKA



Sumber Gambar & Resepi : Rasa ( Jun 2009 )

Bahan-bahan :
200 gm biji sagu
1 liter air
1 sudu teh pewarna hijau
2 helai daun pandan
1 sudu makan gula pasir

Bahan-bahan kuah :
200 gm gula melaka
50 gm gula
200 ml santan pekat
2 helai daun pandan
1 sudu teh garam
Air secukupnya

Cara membuat :
1. Masak air hingga mendidih.
2. Selepas itu masukkan sagu. Kacau hingga pekat.
3. Kemudian buangkan airnya dan masak sekali lagi. Kacau hingga masak.
4. Masukkan gula pasir dan pewarna hijau. Kacau hingga mendidih.
5. Setelah itu, padamkan api dan adunan bolehlah disenduk ke dalam mangkuk manisan.
6. Untuk kuah pula, rebus santan dan daun pandan. Masukkan garam dan tunggu hingga mendidih. Ketepikan.
7. Sementara itu rebus gula pasir dan gula melaka bersama sedikit air hingga mendidih. Angkat dan ketepikan.
8. Apabila ingin menhidang, tuang santan dan air gula melaka ke dalam mangkuk manisan.
9. Sedia untuk dinikmati.

PENGAT PISANG



Sumber Gambar & Resepi : Rasa ( Jun 2009 )

Bahan-bahan :
6 biji pisang ( dikupas dan dihiris )
200 ml santan pekat
800 ml air
1 sudu teh garam
100 gm sagu
100 gm gula melaka
2 helai daun pandan

Cara membuat :
1. Masak air dan daun pandan. Tunggu hingga mendidih.
2. Kemudian masukkan sagu dan biar hingga masak.
3. Apabila sudah mendidih, masukkan pisang.
4. Kemudian masukkan gula, garam dan gula melaka.
5. Biarkan pisang masak dan masukkan santan.
6. Setelah itu biarkan mendidih sebentar, angkat dan hidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...