Thursday, March 10, 2011

BERZAKATLAH - HARTA TERPELIHARA, ASNAF TERBELA



"Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta ( pertolongan ) dan bagi orang miskin yang tidak mendapat bahagian". (QS. At-Dzariyyat:19)

as salam semua..lamanya dah x update blog ni..hr ni jom kita sembang2 pasal zakat le pulak..

Pecahan zakat harta
1. Emas & Perak
2. Simpanan
3. Perniagaan
4. Tanaman
5. Ternakan
6. Pelaburan / Saham
7. KWSP / LTAT
8. Harta Rikaz

ZAKAT SIMPANAN

Syarat-syarat wajib :
1. Islam
2. Wang simpanan itu miliknya
3. Cukup haul 12 bulan Qamariah
4. Cukup nisab ( 20 mithqal emas bersamaan 85gram )

Perkara yang perlu diambil kira dalam mentaksir:
1. Baki terendah dalam semua akaun
2. Saham pelaburan yang belum dikeluarkan zakat oleh syarikat pemilik saham
3. Semua jenis tabungan sama ada disimpan di bank atau di rumah
4. Jumlah hutang yang dijangka diperolehi
5. Semua deposit yang dianggap milik sempurna

ZAKAT EMAS

Emas yang dipakai / digunakan dikenakan zakat sekiranya melebihi nilai uruf (nilai kebiasaan masyarakat / adat di sesuatu tempat). Nilai uruf di negeri Perak ialah 500gram.

Emas yang tidak dipakai (disimpan) dikenakan zakat sekiranya melebihi atau menyamai kadar nisab 85gram.

Nota :
*Zakat tidak dikenakan ke atas batu-batuan
*Nisab bagi emas adalah 20mithqal (85gram)
*Nisab bagi perak adalah 200 dirham (595gram)

ZAKAT KWSP / LTAT

2 kaedah taksiran:
*Zakat wajib dikeluarkan ketika pencarum mengeluarkan wang tersebut (setelah bersara atau untuk membeli rumah). Kadarnya 2.5%
*Caruman pekerja sahaja tidak termasuk caruman majikan dikenakan zakat apabila cukup haul dan nisab. Wajib dikeluarkan zakat tiap-tiap tahun bila memenuhi syarat-syaratnya walaupun masih berada dalam KWSP / LTAT. Kadarnya 2.5%

ZAKAT SAHAM

Saham adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Saham dikenakan zakat apabila tidak berlaku proses jual beli saham dalam tempoh setahun dan cukup kadar nisabnya. Nilai saham yang hendak dizakatkan dikira mengikut harga pasaran semasa pada masa cukup haul.

ZAKAT TANAMAN

Tanaman yang dikenakan zakat adalah tanaman yang merupakan makanan ruji / asasi seperti padi, kurma, jagung, anggur dan gandum. Ia dikenakan sekiranya hasil tanaman itu mencapai / melebihi 5 ausuq / 363 gantang / 1,306.80 kilogram. Ia terbahagi kepada dua :

*Bagi tanaman yang menggunakan tenaga manusia atau lainnya seperti binatang dan jentera atau dengan perbelanjaan yang banyak, maka zakatnya ialah 5% atau 1/20.
*Bagi tanaman yang hidup bergantung kepada aliran hujan atau aliran air secara semulajadi, maka kadar zakatnya ialah 10% atau 1/10.

untuk keterangan lanjut boleh lawati Portal Rasmi Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak di sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...