Thursday, March 10, 2011

KEK SIFON COKLAT



kek ni gee buat masa birthday anak ke-2 dan ke-3 bln 12 hr tu..hehehe..ni baru nk update, sorry le..sumber resepi dr buku "Panduan Asas Menghias Kek" Zati D' Hati..1st deco kek guna krim mentega, paham2 jer la..budak baru belajar le katakan...

KEK SIFON COKLAT
Bahan A:
40 gm koko
40 ml air panas ( bancuh koko dgn air panas dulu, baru tambah susu segar )
80 ml susu segar
4 kuning telur
100 gm gula kastor
120 gm tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
60 gm minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B:
4 biji putih telur
50 gm gula kastor
1/4 sudu kecil cream of tar-tar

Cara membuat:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah celcius.
2. Pukul bahan A sehingga sebati.
3. Dlm mangkuk lain, pukul telur dan cream of tar-tar sampai berbuih.
4. Masukkan gula dan pukul hingga menjadi meringue.
5. Masukkan putih telur ini ke dalam adunan A tadi. Gaul perlahan.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang sembilan inci. Loyang tidak perlu dilengser, hanya alas dgn kertas minyak sahaja.
7. Bakar selama 40 minit.
8. Apabila masak, terus telangkupkan atas redai.



KRIM MENTEGA

Bahan-bahan :
500 gm krimwell
200 gm shortening ( lemak sayur )
160 gm gula aising ( diayak 2 kali )
2 sudu besar susu pekat ( boleh diabaikan )
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu teh minyak mentega ( butter oil )

Cara membuat :
1. Putar krimwell dan shortening hingga gebu. Masukkan susu pekat dan putar. ( kalau tak nak guna susu pekat pun takpe )
2. Masukkan esen vanilla dan minyak mentega.
3. Kemudian masukkan gula aising dan putar hingga menjadi krim mentega.
4. Setelah siap bolehlah diwarnakan mengikut kesukaan anda...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...