Tuesday, January 19, 2010

PUDING KARAMEL

dapat resepi dari hana's family..tq kak hana..c&p yer..apapun mmg sedap cuma agak manis..rasanya lain kali kena kurangkan gula utk karamel tu..



Bahan-bahan :

Untuk gula hangus :

* 1 cawan gula pasir
* 1 cawan air panas

Untuk Puding :

* 4 biji telur
* 1 tin susu cair
* 2 sudu besar esen vanila
* 2 sudu besar tepung jagung/tepung kastad

Cara-cara :

* Masak gula hangus hingga cair. Tuangkan air panas.Kacau hingga sebati. Tuang terus ke dalam loyang 8inci dan biarkan sejuk seketika.
* Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair. Kisar lagi hingga sebati.
* Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar sebentar.
* Tuangkan adunan puding ke dalam loyang gula hangus tadi.
* Kukus 20 minit hingga masak.

CRISPY CRABSTICK

resepi crispy crabstick ni dpt dr che'iza ( MyR )...anak2 suka..tq che'iza...



Bahan-bahan :

2 paket filamen crabstik
Serbuk secukup rasa maggi ( gee guna serbuk lada hitam )
Sedikit tepung jagung ( ni gee yg tambah )

Cara-cara :

1. Buka filamen crabstick jadi satu kepingan yg lebar. ( Kalau perasan filamen ni dia ada satu gulungan ).
2. Hiris memanjang selebar 1 cm.
3. Goreng deep fry hingga golden brown n garing..Untuk menambah rasa, taburkan sikit dengan serbuk secukup rasa...Siap ( gee taburkan dgn serbuk lada hitam ).
***sblm gorengkan crabstick tu gee lumurkan dgn sedikit tepung jagung ( bagi rangup skit )..

Tuesday, January 12, 2010

KARIPAP WARISAN BONDA



siap ada nama lg karipap ni..sj je, sebenarnya resepi karipap ni milik bondaku Hjh. Hazizan..kami adik-beradik mmg dah trbiasa dgn air tgn mak. Jadi, apa salahnya resepi tu diabadikan di sini utk dikongsi bersama kwn2..

Bahan Kulit Karipap :

1 kg tepung gandum
3 sudu marjerin
600 ml air suam

Bahan Inti :

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 paket serbuk kari daging
500 gm daging ( dipotong dadu kecil2 )
1 kg keledek ( kuning )
Sedikit air

Cara-cara :

1. Untuk inti karipap : tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
2. Serbuk kari daging dilarutkan dengan sedikit air terlebih dahulu. Kemudian masukkan serbuk kari td ke dlm tumisan bwg2 dan halia. Tumis hingga terbit minyak.
3. Agak2 dah terbit minyak masukkan daging yg telah dipotong kiub tadi. Kacau rata hingga daging nampak empuk dan masak.
4. Masukkan sedikit air agar inti tidak terlalu kering.
5. Akhir sekali masukkan keledek dan masak hingga keledek td empuk. Boleh juga tambahkan daun sup untuk memberi aroma kpd inti karipap.
6. Selepas inti disiapkan bolehlah kita mula menguli tepung utk kulit karipap. Campurkan kesemua bahan iaitu tepung gandum, marjerin dan air suam. Air suam tadi hendaklah dicampurkan sedikit demi sedikit agar doh tidak terlalu lembik.
7. Ambil satu bahagian doh, canaikan dan isi inti karipap ( gee gunakan acuan jer ).
8. Apabila siap kesemuanya, bolehlah digoreng hingga kekuningan. Sedia untuk dinikmati.

DORAYAKI



dorayaki @ pancake ni gee buatkn utk anak2 ahad yg baru ni..mula2 buat tu dugaan betul, siap smpi trhangus pun ada..kena perli ngan hb lg..huhuhu..resepi dr hana's family..tq kak hana, mintak izin c&p..layan...



Bahan-bahan :

• 100gm tepung kek atau tepung gandum
• ½ sudu kecil baking soda
• 60gm gula halus- hana buh 50g jerk
• 2 sudu besar madu
• 2 biji telur
• ½ sudu besar minyak masak
• ½ sudu kecil esen vanilla
• Inti:1½ cawan kacang merah yg manis

Cara-cara :

1. Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang.
2. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat. *hana buh 2 sudu besar susu segar.
4. Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4".
5. Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).
6. Letak 1 sudu besar kacang merah ditengah sekeping pan-cake, tutup dgn satu keping pan-cake. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah.

KEK PRUNE KUKUS



kek ni paling mudah nak buat..dpt dr blog kak ummi ( Home Sweet Home )..tq kak ummi n mintak izin c&p kat sini yer...

Bahan-bahan :

250gm butter
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula
¼ tin besar susu pekat manis – kalau guna tin kecil 1/3 pun cukup
20 biji prune – blend + sedikit air (≈ 100ml), setakat boleh kisar dah cukup
5 biji prune – hiris kasar
5 biji telur

Cara Menyediakannya :

Didihkan air dlm pengukus. Griskan loyang dengan butter & alaskan dengan kertas minyak. Ketepikan. Putarkan butter, gula dan susu sehingga sebati. Masukkan telur satu per satu dan putar lagi. Masukkan prune yang telah di blend. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar sebati. Last sekali masukkan prune yg dihiris kasar & kacau dengan senduk dah memadai. Tuang adunan ke dlm loyang dan kukus selama 1½ jam.

PUDING ROTI MARBLE



puding ni gee buat 2 kali dah..sedap..dpt dr kak hana punya blog ( hana's family )..mula2 buat ikut warna yg mcm kak hana buat tu tp x la secantik kak hana punya marble..bagi jiran skit pastu ank2 dah minta buatkan lg sbb x cukup..hehehe..thanks kak hana, c&p resepi tu kat sini yer...



Bahan-bahan :

• 4 keping roti
• 2 biji telur
• 1/2 cawan susu pekat
• 170ml susu cair
• 8gram serbuk agar2
• 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
• 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
• 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
• 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara :

1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

** puding yg kali ke2 gee buat tu gee tambahkn pewarna pink n perasa strawberry..ank2 gee kata sedap, rasa mcm aiskrim..hehehe

Monday, January 11, 2010

KEK BATIK BISKUT MARIE



sorry le sbb blog ni dah lama brsawang..sjk laptop rosak mmg trperam je la n3 resepi2 yg dah dicuba ni..kek batik biskut marie ni resepi dari mrsdayat MyR..tq buat mrsdayat, sedap kek batik ni..minta izin c&p yer...

Bahan-bahan ( loyang 7/8" ) :

• 1 bungkus (350g) biskut marie
• Setengah buku butter
• 2 biji telur
• 1 cwn serbuk koko
• 1/2 cwn milo
• 1 cwn air
• 3/4 cwn gula
• ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara :

1. patah2kan biskut
2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
3. masukkan butter,kacau sampai butter cair
4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...