Tuesday, January 12, 2010

KARIPAP WARISAN BONDA



siap ada nama lg karipap ni..sj je, sebenarnya resepi karipap ni milik bondaku Hjh. Hazizan..kami adik-beradik mmg dah trbiasa dgn air tgn mak. Jadi, apa salahnya resepi tu diabadikan di sini utk dikongsi bersama kwn2..

Bahan Kulit Karipap :

1 kg tepung gandum
3 sudu marjerin
600 ml air suam

Bahan Inti :

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 paket serbuk kari daging
500 gm daging ( dipotong dadu kecil2 )
1 kg keledek ( kuning )
Sedikit air

Cara-cara :

1. Untuk inti karipap : tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
2. Serbuk kari daging dilarutkan dengan sedikit air terlebih dahulu. Kemudian masukkan serbuk kari td ke dlm tumisan bwg2 dan halia. Tumis hingga terbit minyak.
3. Agak2 dah terbit minyak masukkan daging yg telah dipotong kiub tadi. Kacau rata hingga daging nampak empuk dan masak.
4. Masukkan sedikit air agar inti tidak terlalu kering.
5. Akhir sekali masukkan keledek dan masak hingga keledek td empuk. Boleh juga tambahkan daun sup untuk memberi aroma kpd inti karipap.
6. Selepas inti disiapkan bolehlah kita mula menguli tepung utk kulit karipap. Campurkan kesemua bahan iaitu tepung gandum, marjerin dan air suam. Air suam tadi hendaklah dicampurkan sedikit demi sedikit agar doh tidak terlalu lembik.
7. Ambil satu bahagian doh, canaikan dan isi inti karipap ( gee gunakan acuan jer ).
8. Apabila siap kesemuanya, bolehlah digoreng hingga kekuningan. Sedia untuk dinikmati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...