Thursday, April 1, 2010

POPIA BASAH



resepi popia basah ni dpt dr umi_e MyR..tq umi_e..sedap sgt..gee mmg suka popia basah ni..klu bln ramadhan sanggup beratur pjg utk beli popia ni..lepas ni xyah ler beratur pjg2 lg..hehehe

Bahan-bahan ( 12 keping )

Bahan untuk kulit*
• 2 cawan tepung gandum
• 1 biji putih telor
• 3/4 cawan air
• 2 sudu makan cuka
• secubit garam

Bahan untuk inti** (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)
• 1/2 biji kobis - diricih halus
• 3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
• 1 biji sederhana bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• 1 sudu besar sos tiram
• 1 sudu makan udang kering
• garam secukupnya
• minyak untuk menumis
**Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

Bahan untuk sambal***
• 15 tangkai cili kering
• 1 biji bawang besar
• 5 ulas bawang putih
• 1 sudu besar gula perang
• 2 sudu besar kicap manis
• minyak untuk menumis
• garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
*** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.

Cara-cara
1. campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan
2. gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
3. ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper. buat dari arah jam
4. mulakan dari tepi dulu
5. kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan
6. setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar
7. angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat)
8. ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal
9. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goring
10. lipat macam biasa dan gulung
11. sedia untuk dimakan :)

**utk tgk cara buat kulit dr umi_e leh tgk sini...

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...