Monday, July 27, 2009

SERUNDING CENDAWAN



Sumber Gambar & Resepi : Saji ( Jun 2009 )

Bahan-bahan :
1 kg cebdawan tiram ( potong halus )
500 gm bawang merah ( dimayang )
600 ml santan
2 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
4 kiub ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar :
5 biji ulas putih
5 biji bawang merah
5 batang serai
3 cm lengkuas
3 cm halia
15 tangkai cili kering

Bahan-bahan rempah :
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih

Cara membuat :
1. Tumiskan bawang merah yang telah dimayang hingga garing. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi.
2. Selepas itu masukkan santan, kerisik, bahan rempah, stok ikan bilis, daun kunyit dan daun limau purut.
3. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Kacau hingga kering menggunakan api kecil.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...