lama x letak n3 rasanya..hr tu wat tiramisu simple ni sbb kat sini x jmpa la biskut tiramisu tu..jenuh dah cari kat tesco xder, kat kedai kek lagi la xder..alih2 dpt resepi yg simple dr umi_e MyR ni..sedap gak..gee c&p yer umi_e...
Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
• 1 biji sponge kek atau apa2 kek
• 250ml whipping cream
• 200ml cream cheese
• 1/2 cawan gula halus
• 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
• 1 sudu makan serbuk nescafe
• serbuk koko untuk hiasan
Cara-cara :
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 3 bahagian
5. Susun 1 bahagian dalam bekas
6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
10. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...
No comments:
Post a Comment