Thursday, March 26, 2009

POPIA BASAH


Sumber Gambar & Resepi : Saji ( April 2009 )

Bahan kulit popia :
500 gram tepung gandum
2 sudu kecil tepung jagung
500 ml air
Sedikit garam

Bahan sos :
1 botol sos cili
1/2 botol sos tiram
1 cawan gula merah
1 cawan gula putih

Bahan inti popia :
1/2 biji sengkuang ( sagat memanjang )
1/2 batang timun ( sagat memanjang )
1/2 cawan gula
1 batang lobak merah ( sagat memanjang )
1 paket kecil udang kering ( kisar halus )
2 tangkai kacang panjang ( hiris halus )
2 keping tauhu ( hancurkan )
2 ulas bawang putih ( ketuk )
Sedikit tauge
Garam secukup rasa

Cara membuat kulit popia :
1. Satukan kesemua bahan dan masukkan ke dalam mesin pengadun dan adun selama 3 minit hingga adunan sebati.
2. Perap adunan lebih kurang 2 jam atau hingga sebati dan menjadi seperti bergetah.
3. Panaskan kuali dengan api yang perlahan. Jangan terlalu panas kerana kulit popia akan menjadi tebal.
4. Ambil sedikit adunan, letakkan di atas kuali yang telah panas tadi dan ratakan dengan genggaman tangan hingga jadi bulat dan nipis.
5. Biarkan masak dan angkat serta biarkan sejuk. Ulang proses yang sama hingga adunan habis.

Cara membuat sos :
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak hingga pekat dengan api yang sederhana.

Cara membuat inti :
1. Tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan tauhu yang telah dihancurkan dan udang kering yang telah dikisar. Tumis hingga garing.
3. Masukkan sayur-sayuran dan tumis lagi hingga keluar air.
4. Angkat dan toskan. Jangan masak terlalu lama, nanti sayur tidak rangup.
5. Ambil kulit popia yang disediakan tadi, sapukan sos dan masukkan inti sayuran. Gulung kemas.

1 comment:

  1. kpd semua... sy ada menyediakan tempahan kulit popia basah (bulat), tempahan setiap hari diterima juga,kpd sesiapa yg berminat sila hubunggi talian 0179085833 @ email are_ziz88bjp@yahoo.com.my.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...